Photobucket Photobucket Photobucket

Suami idaman saya

Suami idaman saya adalah…Seorang lelaki yang beriman…Yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah…Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam…Yang sentiasa haus dengan ilmu…Yang sentiasa dahaga akan pahala…Yang solatnya adalah maruah dirinya…Yang tidak pernah takut untuk berkata benar…Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu…Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah…


Suami idaman saya adalah…Lelaki yang menjaga tuturkatanya…Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya…Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya…Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang…Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang…


Suami idaman saya adalah…Lelaki yang menghormati ibunya…Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga…Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam…Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan…Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat…


Suami idaman saya…Sentiasa bersedia untuk menjadi imam…Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah…Yang boleh diajak berbincang dan berbicara…Yang menjaga matanya dari berbelanja…Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya…


Suami idaman saya…Tidak pernah membazirkan masa…Matanya kepenatan kerana penat membaca…Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir…Tidurnya lena dengan cahaya keimanan…Bangunnya subuh penuh kecergasan…Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan…


Suami idaman saya…Sentiasa mengingati mati…Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat…Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga…Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik…Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian…


Suami idaman saya adalah…Lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia…Kerana dia mengimpikan syurga…Di situlah rumah idamannya…Dan dia ingin membawa saya bersama…Dialah suami idaman saya…


Suami idaman saya adalah...Lelaki yang sentiasa menyeru saya menunaikan solat lima waktu pada awal waktu...Lelaki idaman saya adalah beliau yang sentiasa memujuk saya bersabar ketika nafsu amarah berada di tahap yang tinggi...Lelaki idaman saya adalah lelaki yang berdoa dan menunaikan solat hajat di tikar solat beliau untuk membantu saya mencari haluan hidup saya...



Suami idaman saya adalah...Lelaki yang telah ALLAH S.W.T. ciptakan untuk saya...Dimana saya dijadikan dari tulang rusuk beliau...Lelaki idaman saya adalah beliau yang menerima keluarga saya seperti keluarganya sendiri...Yang dapat menjadikan masalah saya seperti masalah beliau sendiri...Yang dapat sama-sama membimbing keluarga yang bakal dibina bersama-sama...InsyALLAH...




Semoga suami idaman yang telah saya sebut di atas ini merupakan lelaki yang telah dijodohkan untuk saya..Amin..


Please Jangan Jemu Berkunjung


0 comments:

Post a Comment

Mekasih lepak sini...nati korang singgah lagi ea..(^_^)

Jangan Copy Cat kerana anda mungkin didakwa (^_^)