Photobucket Photobucket Photobucket

Hari Pertama




Pagi nie aku bangun agak lewat sedikit tapi,maklum la semalam tengah syok2 tido,ayah aku tepon suruh g anto kunci kereta mak tiri aku kat umah dia.Bengang jugak la aku.Da kul 12 malam suruh aku g anto kunci kereta dia.Aku pun ngan muka seposen g anto ke dia.tengah2 malam aku drive kereta.Dah la hujan.syok nye kalau aku dapat baring atas katil.tapi hari nie aku bukan nak cerita pasai aku g anto kunci kereta mak tiri aku tue..

Hari ini hari pertama aku memulakan latihan industri.Aku kena jalani latihan industri nie selama 3 bulan yang bermula pada hari ini iaitu 9 Julai 2012.Aku sampai awal tetapi sebab dop tahu nak g kat jabatan mana,membuatkan aku lewat Punch Card.Tapi lewat 5 minit jer.

Ermm,Suasana kerja kat tempat aku praktikal nie ok la.Hari pertama katakan..Staff pun ok.Mesra Rakyat.heheheh..Tapi waktu jumpe bos besar pagi tadi,aku debor gak la..Dia tanye aku pasai server.Aku tahu la pasai server tue tapi dop la pandai sangat.Waktu belajar dulu pun,aku bukan belajar secara keseluruhan.Tapi xpela,aku akan cuba yang terbaik.Harap2 pas nie xda la masalah kat tempat aku praktikal nie.

erm aku xtahu da nak cerita apa,pas nie kalau ade cerita yang baru aku akan menaip lagi.
bye semua..

Please Jangan Jemu Berkunjung


Mencapai Cita-cita

Hari nie pagi jumaat.Aku mencoret kisah hidupku sendiri.Pada 2 julai yang lepas,aku telah menghadiri temuduga Tentera Laut (TLDM) kat kota bharu kelantan.Perjalananku ke sana mengambil masa hampir 8 jam.Nie bukan kali pertama aku ke kelantan.bandar kat negeri che wan kembang tue da semakin maju.

Ujian saringan petama aku berjaya.Syukur alhamdulillah.Aku berharap aku dapat peluang berkhidmat dalam angkatan tentera.korang sume doakan aku berjaya ok.heheheheheh

Lepas nie aku harus menjalani ujian saringan kedua pulak kat JB.Berdebar2 sangat..maklum la nie saringan terakhir sebelum aku berjaya sepenuhnya untuk melayakkan diri untuk berkhidmat dalam angkatan tentera.


Please Jangan Jemu Berkunjung


kerana mulut badan binasa

Lama aku x buka belog nie..x follow up ape yang berlaku.kali nie nak cite sal kes waktu nak final exam.da lepas pon.orang kata nie cite basi la..
tapi apa yang aku boleh buat,menda tue sume aku masih ingat sampai sekarang.Akhirnya aku berjaya menjawab exam dengan baik.sekarang nie hanya berdoa untuk mendapatkan result yang terbaik.

Persahabatan yang dibina selama dua tahun musnah macam tue sahaja.aku sayang kawan-kawan aku.betul kata orang mulut tue lagi tajam dari pisau."Kerana mulut badan binasa".Entah di mana silapnya kami semakin renggang di saat2 akhir pengajian.

Sifat dengki dalam diri manusia menyebabkan kami semakin jauh.Kalau nak buat sekadar untuk mendapat nama baik xpayah buat kan.kalau buat keja x elas xdapat pon pahala tue.aku tahu aku nie x arif dalam bab agama nie.kenapa korang nak pinggirkan kawan sediri.macam2 kita kongsi bersama.Susah senang sama2 tapi akhirnya?????

Sahabat umpama
KOMPUTER.
awk ENTER dlm
hidup saya, saya


SAVE awk dihati,
awk FORMAT
segala masalah
saya & krn itulah

tak mungkin
saya DELETE
awk dr MEMORY
saya….

Aku harap kau mengerti.


Please Jangan Jemu Berkunjung


Kad Bank saia ditelan mesin.

Mood ari nie kurang baik.cam title post kat atas tue.pe la nak jadi ngan saia nie kan..nak kata cuai mungkin la kot.Hari jumaat yang lepas kad bnk cimb bank saia kena telan.Sudah jatuh ditimpa tangga la katakan.Waktu tue dala mengindam nak mamam steamboat.Duit dalam dompet ade RM 15 jer.tekanan betul la..Pergi bank nak ambik duit,last2 kad pulak kena makan ngan mesin tue.Nasib baik lah ade duit simpanan lain.lau x, x tahula apa yg jadi.

Pagi nie saia pergi bank untuk uruskan pasal kad bank tue.Malang x berbau..Kad bank tue da dihantar balik negeri da.mesti korang x paham kan.Sebenarnye cm nie..saia berasal dari pahang.Kad bank tue sy buat kat pahang.Sekarang fieda ade ka perlis.Kad bank fieda tue dieorang da pos anta balik kat cawangan kat pahang.Cuba korang bayangkan..nak kena balik pahang semata-mata nk ambik kad bank tue.Betul-betul menyusahkan la.tekanan jiwa dibuatnye.Dala final exam lagi 3 minggu..Nasib baik ade kad bank lain..Kecian kat mak fieda.Kena masukkan duit lain tuk saia.

xtahu da nak menaip pe.nie nak masuk waktu maghrib da.Ecok ade test pulak.Kepala berserabot sangat-sangat.Doakan fieda dapat jawab test ecok ea.Nak skor yang terbaik sem nie.Maklum lah..last sem da.Hope dapat result yang boleh membuatkan mak ngan ayah bangga ngan saia.

papai semua.sekarang fieda kena stdy..muahhh..cayang korang.

Please Jangan Jemu Berkunjung


Celoteh hatiku

hai pe khabar kawan-kawan fieda.Lama betul fieda x update story kat blog nie.Fieda agak sibuk ngan asignment dan projek-projek untuk final exam nanti.Tinggal tiga minggu lagi fieda akan menamatkan zaman sebagai seorang "Student"..Pelbagai rasa yang fieda rasa sekarang.Zaman seorang pelajar akan berakhir.

Bila difikirkan semula sedih pulak..yela kan nanti xdapat nak jumpe kawan da.Pas nie fieda nak kena kerja da.Satu perkara yang semua insan akan lalui.Kalau da kerja mesti banyak benda nak kena tanggung sendiri.Kita xboleh nak minta duit mak ayah da kan.

Fieda adalah anak sulung.Pas nie da jadi tanggungjawab fieda untuk membantu adik-adik fieda.
Ya Allah..fieda berharap sangat agar dapat membalas jasa ibu bapa fieda sebelum terlambat.Izinkan mereka merasa bahagia kerana melahirkan fieda.

hari nie fieda xtahu kenapa, tapi fieda rindukan keluarga fieda..Cuti empat hari xcukup untuk fieda bersama keluarga.Adik bongsu fieda da pandai pot pet pot pet.Adik, tolong jaga mak ngan ayah waktu along xde ea..Nanti along da keja,kite pergi bercuti bersama-sama.

with love,

Please Jangan Jemu Berkunjung


Seksaan kaum wanita



Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat
Renungan
khususnya untuk para wanita dan diriku sendiri.

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat
Rasulullah saw menangis manakala ia datang bersama Fatimah.

Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw menangis. Beliau menjawab,

"Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.

Putri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar,
beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang
rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi saw.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka
disiksa seperti itu?

*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.

*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.
Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.
 


Please Jangan Jemu Berkunjung


Saia suka masak

Hai semua blogger..lama da fieda xupdate entry baru.Fieda bukan apa,xde idea nak cite sal pe.Ok,sekarang idea datang...Fieda nak kongsi ngan kawan2 fieda.Cuti hujung minggu yang lepas fieda cuba masak sesuatu yang baru.Sebenarnya fieda nie bukan pandai masak sangat tapi lau duduk serumah ngan fieda, dijamin anda tidak akan akan mati kebuluran la..*Promote diri la plak kan.*
Seumur hidup fieda,fieda xpernah nak cuba masak kuih muih atau kek dan sewaktu dengannya..yang fieda selalu masak lauk pauk untuk makan malam atau makan tengahari jerk..Xtau la kan apa yang fieda fikirkan.Tibe2 fieda teringin makan kek batik..Fieda g la beli kat malam tapi xpuas nak makan..cikit je.entah dari mana datang idea,fieda pon search la kat google cari resepi buat kek batik.
Ha..kalau korang nak tahu buat kek batik nie senang jer..mungkin korang da tahu,fieda nie je yang ketinggalan zaman.Ermm bile da cari kat google,fieda pon try buat sendiri.Pertama kali fieda buat kek tue,fieda buat sikit je..bukan kedekot tapi fieda takot xjadi.Kalau xjadi mesti xde orang nak makan kan..:(
Percubaan pertama fieda buat kek batik telah mendapat pujian dari someone..Gembira yang xdapat digambarkan.

kalau cari kat google bermacam2 resepi nak buat kek batik nie..tapi fieda buat yang simple jer.meh fieda bagitahu apa yang diperlukan.

Bahan-bahan yang fieda guna :
Milo
Susu cair
Butter cup
Biskut Marie

Cara-cara nak buat plak pun senang jer..
mula2 korang panaskan butter tue sampai cair.
Kemudian masukkan milo ngan susu tue.(fieda xsukat pon..men letak jer..Kalau korang suka manis2 letak lah susu banyak cikit)
Bila adunan da sebati korang masukkan biskut marie tue..Kacau sampai sebati..
Pas tue korang letak dalam bekas.Biarkan sejuk kejap.
Pas tu korang masukkan dalam peti sejuk sebab nak bagi kek batik tue jadi keras..senang nak poting nanti..

Nie la kek batik yang da caip.tunggu nak makan jer..

Simple kan resepi yang fieda bagi kali nie..Kalau korang xpaham kene tye kat uncle google taw..
papai..selamat mencuba..Kalau da jadi jgn lupa kat fieda tau..

With Love.

Please Jangan Jemu Berkunjung


Kembali Semula

apa habaq rakan2 blogger..Lama benor fida xjenguk belog nie.Maklumla sibuk..sibuk sesangat..Asignment berlambak2.Setiap hari buat tapi banyak lagi yg tertangguh..Hari nie fieda curi masa tuk melepaskan kerinduan kat blog nie.Ni last sem fida, fida harap fida dapat wat yg terbaik utk sem nie..Xsabar nak melangkah ke dunia pekerjaan..

Target fida tahun nie nak beli kereta sendiri..Harap2 fida dapat apa yang fida idamkan..korang doakan fida k.Fida harap dapat bantu mak dan ayah..fida nak ringankan beban dieorang..
"Mak doakan along berjaya dan jadi anak yang solehah ea..Along betul2 harapkan doa dari mak.."

Sekarang fida ada kat perlis..Walaupun sibuk ngan asignment yang berlambak tapi fida sempat rest kat luar..Bukan apa kadang2 otak manusia nie kena gak ambik angin luar kan..Cuti hujung minggu fida ngan kekawan lepak kat luar..seronok la sekali sekala lepak kat luar tanpa memikirkan bebanan pelajaran..eh silap..pelajaran bukan bebanan taw..hihihi..

sambil berjalan kami take picha untuk kenangan..Love u all...gegurl yang sempoi.Dunia kami xda sape dapat join..hehehe
nie geng fida..cayang korang..;)


nie motor yang kami guna utk merempit..

ais kacang yang sedap..nyum2..

kami at Tasik melati perlis..


ni pic yg fida suka..Kami beli jam tangan yang sama..semoga persabatan nie kekal selamanya.Semoga masa akan mengingatkan detik2 suka duka kita bersama..

"PERSAHABATAN DUNIA AKHIRAT.SEMOGA PERSAHABATAN KITA KEKAL ABADI"

Sahabat,

Please Jangan Jemu Berkunjung


saia harap awk tulang rusuk saia...


Kepada pemilik tulang rusukku.
Akan ku mencari dan mendapatkanmu.
Akan ku sentiasa menanti dan berdoa  agar dipertemukan denganmu.
Jika bukan disini, mungkin di syurga nanti ;)

Aku harap dia adalah seorang yang baik akhlaknya  dan kuat imannya ^_^

Wahai para gadis yang resah menunggu,jangan menangis  atau bersedih tentang jodohmu.
InsyaAllah Dia akan temukanmu dengan pemilik tulang rusukmu bila sudah tiba masanya.


with love,

Please Jangan Jemu Berkunjung


Percutian Part 1

hai semua kawan-kawan...hampir 4 hari fieda x update entry baru kat sini...kali nie fieda seronok lebih sebab fieda sedang bercuti..sekarang fieda ada di pahang..Tanah tempat fieda dilahirkan dan dibesarkan.Setelah hampir 3 bulan fieda duduk di negeri orang akhirnya terubat juga rindu nak balik kampung...Baru dua hari balik rumah,kami sekeluarga da meronda-ronda bersama..Malam minggu yang lepas,fieda lepak at Teluk Cempedak Kuantan...Seronok la..ramai orang kat sana..Kami makan KFC kat pantai..Ayah belanja..huhuhu..Pas tue kami makan ikan bakar lak..leh gemok macam nie..da la badan mmg da besar..

Seperti biasa..fieda snap picha la kan..utk kenang-kenangan...
ni adik bongsu fieda

ni plak adik ketiga fieda ngan adik bongsu





mereka seronok dapat main...fieda nk je join..tapi malu..;)




waktu jala2..sempat wat kicir nie...wat insan yang tercinta..

banyak lagi taw gambar..tapi fieda bagi tengok yang nie dulu..k
nati kita sambung lagi cerita..papai..



Please Jangan Jemu Berkunjung


Erti kesetiaan




Ramai insan yang masih lagi tidak faham akan apakah erti kesetiaan dalam sebuah perhubungan. Ramai yang bertanya mengapa kita perlu setia, sedangkan belum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup kita? Disebabkan persoalan inilah kecurangan sering berlaku dimasa kini, sehingga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan dan ada yang menyedihkan sehingga sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih.


Kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting, ini adalah kerana kita telah mengambil amanat dan tanggungjwab daripada pasangan kita itu untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih. Alangkah sedihnya apabila tanggugjawab atau amanat yang seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikannya…? Tidakkah ia sama dengan penipuan…? Jangan taburkan janji jika kita tidak mampu untuk tepati dan jangan mengata cinta kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati…





Ingatlah bahawa, hidup kita seperti roda, tidak semestinya kita sentiasa berada di atas. Jika kita permainkan hati insan lain, suatu masa kita juga akan dipermainkan… Dan pada waktu itu, penyesalan tiada gunanya… Setiap apa yg kita lakukan pasti ada balasanya, hanya masa yang dapat menentukan…


Untuk insan yang menjaga kesetiaan terhadap pasangan, anda adalah yang terbaik. Jadilah insan yang boleh membahagaian pasangan kita tanpa rasa jemu. Jika anda dicurangi, jaganlah bersedih ataupun berdendam, tetaplah menjadi yang terbaik. Kerana anda mempunyai maruah diri, jangan samakan diri anda dengan insan yang tidak setia. Anda telah melakukan yang terbaik untuk pasangan anda dengan menjaga keperibadian diri dengan sebaiknya. Mereka tidak pandai menjaga harga diri mereka. Suatu hari nanti mereka akan menyesal dan akan menyedari akan kebaikan yang anda lakukan…


Tidak penting utk kita ketahui sama ada pasangan kita jujur, ikhlas atau setia dengan kita yang penting Allah tahu kita bagaimana, dan Allah tidak akan mensia-siakan apa yang kita lakukan… Tawakal dan redha lah…


Lelaki atau wanita yang baik hanya untuk lelaki atau wanita yang baik…


Manakala lelaki atau wanita yang tidak baik hanya untuk lelaki yang tidak baik…


Pilihan adalah di tangan anda…

Please Jangan Jemu Berkunjung


Ubuntu I blur


hai sume...hari nie fieda ade topik baru nak kongsi ngan kawan2 fida..Hari nie fida belajar guna Ubuntu..mesti korang tahu kan...ha..kalau yang xtahu..Ubuntu tue adalah salah satu sistem pengoperasian jugak..macam linux la jugak..Ubuntu nie free software k..kalu korang nak cuba pakai boleh jer...mintak tolong pakcik google download software Ubuntu tue..simple kan...

ni contoh laman utama kalu korang da pakai Ubuntu tue..

lebih kurang linux kan.....

ni la Ubuntu yang fida pakai tue...


memang best taw guna Ubuntu tue...Tapi kalu xtaw guna Ubuntu nie..jadi la macam fieda...
" Ubuntu I Blur"....

Fieda pow xpandai lagi guna benda alah nie...dalam proses pembelajaran lagi...kepada sape2 yang pakar dalam penggunaan Ubuntu nie,boleh kita berkongsi ilmu ea...Ilmu lebih baik dikongsikan daripada disimpan saja kan..

k lah,fieda nak caw dulu...nati ade cite fieda story kat korang lagi ea...papai rakan-rakan sekalian...(^_^)

with love,



Please Jangan Jemu Berkunjung


Motivasi untuk berjaya



1. 95% kejayaan tergantung pada mindset. Mindset dibentuk dari pembelajaran.

2. Tumbuh itu adalah ciri-ciri makhluk hidup. Berkembang adalah ciri-ciri seorang manusia. Berkembang itu pula dimulai dari belajar.

3. Murid yang mempersiapkan diri dengan senjata informasi akan selalu memenangi pertempuran.

4. Tiada istilah gagal, yang ada hanya kejayaan atau belajar lagi.

5. Satu-satunya yang menghalang kita adalah keyakinan yang salah dan sikap yang negatif.

sungguhkah mawar tumbuh di datar,
kalau datar mana alunnya,
sungguhkah kata kamu mahu belajar,
kalau belajar mana pandainya.



                                                                

Please Jangan Jemu Berkunjung


Zero

@ry nie fieda xde mud sangat2 tapi masih nak update entry kat blog nie..erm nak citer sal pe pon ta taw lar..Kenapa manusia ni ada perasaan...kenapa fieda mudah terasa hati ngan apa yang dia lakukan...fieda harap hubungan yang terbina selama ini akan kekal berpanjangan..

Kunci hati fieda hanya ada pada awak sahaja..

Tolong jaga kunci nie baik2 taw...

Ucapan khas untuk kamu wahai kekasihku :
wahai adam,
jika wanita cantik yang dicari, ia bukan saya.
jika wanita solehah yang dicari, ia bukan saya.
jika wanita ayu yang dicari, ia bukan saya.
jika wanita kaya yang dicari, ia bukan saya.
jika wanita berpurdah yang dicari, ia juga bukan saya.

tapi jia wanita yang ingin dibimbing, ya, itu adalah saya.
bimbinglah dan berilah ilmu agama kepada saya.
siapa pun anda :) .

yang benar,
hawa.
 

wahai kekasihku....
Fieda ingin ksih sayang kita berakhir macam nie..


Fieda tahu kat sini bukan tempat yang sesuai untuk meluahkan perasaan..Mungkin ada yang tak suka baca pe yang kita luahkan...tapi fieda mnusia yang ada perasaan...Bukan setiap hari fieda akan gembira..So fieda harap korang fham ea...

Jiwa Kacau,

Please Jangan Jemu Berkunjung


Header baru lagi

hai semua kawan2...hope korang sihat ary nie...kalau korang perasan header fieda berubah lagi taw...kali nie fieda wat sendiri tanpa pertolongan orang lain...header fieda simple jerk macam tuan dia la...hihihi...sebelum nie mintak tolong kawan buatkan header but now...i wat sendiri...so apy lorh...ok jgn jeles ea...fieda wat sendiri header ni sebab fieda da dapat software adobe photoshop..
sekarang sape nak suruh fieda wat header blog dia...jangan segan jangan malu...tell me ok..tapi kalau xcantik jangan marah taw...nati fieda nangis...kikikiki (^_^)
Macam korang tengok la kan..header fieda tue ada cacat sikit...kalau korang takot fieda wat header buruk,korang jgn suruh fieda wat...korang leh cari orang yang lebih pakar...hihhi...jangan marah ea...
Tapi pgi nie fieda masih ta dapt nk edit color tulisan kat blog fieda...something wrong here...fieda nak belajar cakap english...hihihi kalau salah korang tolong betulkan k..


ha korang nak tengok x hasil header yg fieda wat tue..korang tengok dulu pas tue baru boleh komen ea...


Header yang fieda da buat ary nie...fieda wat 3 header taw...tapi simple jerk..


ok x header nie sume??

anyway..follower fieda da bertambah lagi...thanz a lot because sudi support and become to be my follower...betul x ayat english fieda nie??kalau x paham wat2 fahm ok..

ok la kawan-kawanku sayang...da la bace entry fieda nie...fieda nie taip suka ikot tangan jerk taw...lain kali kite celoteh lagi di blog fieda ok...

papai semua...muuaaahhh..kiss korang semua..(khas for lady jerk taw...;))

with love,
 

Please Jangan Jemu Berkunjung


Perubahan Baru

erm...ary ni seharian fieda kelebek blog..penat la..Baru fieda sedar tanpa kesabaran kita xkan mudah berjaya..sebenarnya fieda sedih + apy...nak tahu kenapa??
Ary nie fieda edit2 blog nie sebab nk nampak lebih cantik tapi..cam ada sesuatu yang xkena lorh...fieda xboleh edit warna tulisan kat blog nie...
Plez...nak mtak tolong sangat kepada mereka yang mahir...so far alhamdulillah coz ada perubahan yang berjaya...
Fieda dapat tukar perkataan home kepada gambar...thanz to cik farah...tutorial yang dia bagi memang mudah difahami...tapi bile da banyak2 wat pe yg dia ajar,fieda rasa fieda ada wat salah sehingga ada benda yg x boleh edit...fieda nak wat border kat post tp xdapat lew...adoi..pening kepala da dok hadap koding2 nie...dala masa kelas dok tengok koding jugak...
Fieda da takot nk edit lebih2...korang plak ada x pengalaman cam fieda??
Beruntung sungguh sape yang pandai wat tuto untuk semua pengguna kan...Setiap kali ada orng yg menggunakan tutorial dieorang,mereka akan dapat pahala...walaupun mereka sedang tido tapi pahala tetap masuk....Cam tue juga kepad mereka yg tayang gambar yang tutup aurat...mereka akan tetap mendapat dosa walaupun sedang melakukan ibadah...
hisy...apalah da merepek bab dosa pahala plak...tapi pe yang bagitahu nie benda betul taw...terpulang la kat individu tue sendiri...fieda pow bukan baik sangat...so kita stop kat sini..nati ckp lebih2 ada orang kata plak kann...

k la papai semua...Pas nie xnk edit da blog...takot punya pasal...;)

Please Jangan Jemu Berkunjung


New Story

pe khabar sume kawan2 fieda hari nie??fieda harap korang sume sihat k...
sebenarnya hari nie fieda xtaw nk story sal pe...nati kalau fieda dok syok cite sorang2 xbest plak kan..Tajuk post ary nie jerk cakap new story...erm...sebenarnya fieda da dekat 3 bulan xbalik rumah...rindunya kat mak fieda...ayah and adik2 fieda yang nakal2...xsabar da nk cuti nie...hujung bulan ni fieda dapat balik Pahang...Maklum la sekarang hidup merantau di tempat orang untuk mendapatkan ilmu pengetahuan...korang nk tahu x bulan 6 nie fieda hbs stdy....pas nie fieda da bebas ngan buku....fieda ngat nk sambung lagi..tapi....
fieda nk tolong mak ngan ayah fieda..maklumla fieda anak sulung...so bagi peluang kat adik2 la sambung blaja...pas nie fieda harap,fieda dapat keje...fieda nak bantu adik2 plak...kecian kat mak...asyik keje tolong ayh...pas nie mak rehat kat umah ea...fieda "along" yang keje plak...

korang nak tahu setiap kali balik kg mesti kena bawak adiah kat adik2..maklumla adik fieda kecik lagi..dieorang ngat akak dieorang ni p keja jauh2...tapi xpela,bukan selalu beli barang kat adik2...lagipun xsalah belanja adik beradik dan keluarga kita kan..Kalau kat pkwe boleh kasi adiah,xkan kat adik sendiri nk berkira...kadang2 manusia nie kat bf/gf kasi adiah mcm2...tapi kat keluarga sendiri nk berkira...pelik kan...

ok la..nati kalau fieda dok taip banyak2 mcm cerita plak yang keluar..korang jgan berkira sangat ngan family korang k...minggu depan besday ayah plak..fieda da beli something utk dia..sebab dulu dia kasi adiah kat fieda...xsabar rasa nak balik rumah...mak..tunggu taw kepulangan anakmu nie...along doakan mak dan semua  di sana sihat sentiasa..

Your daughter,

Please Jangan Jemu Berkunjung


Follower baru (^_^)

petang nie xda mood sangat2...manusia nie macam2 perangai kan..sakit hati sgt...tapy xpe la..fieda malas nak pk..
fieda dapat bunga baru hari nie....mekasih taw sebab follow fieda ea....fieda pun da follow korang sume...nati rajin2 komen ea...ley mengeratkan silaturrahim...betul x???
nk tengok x cape bunga2 baru fieda...

nie mama tim...

ini suraya..gambar senget lak plak....
blog dia cantik and simple..

follower seterusnya pula ialah cik sitie..
fieda suka tengok blog dia...

dan follower yg terakhir adalah....mutsumi kin...

sori ea kawan2..fieda copy gambar korang....so nie la sume follower fieda....mekasih byk2 coz sudi follow fieda..

p/s : sori semua..fieda xda idea nk update entry...so nie jela hasilnya...



Please Jangan Jemu Berkunjung


Cinta high class bukan ekslusif


Cinta high class bukan ekslusif milik sesiapa saja kan..Kita semua berhak memiliki cinta tersebut..Jangan tunggu sehingga esok taw...
Hari nie juga kita kena bercinta secara high class...
eh...nak taw pe tue CINTA HIGH CLASS ???

Cintamu mendaulatkan ALLAH nombor satu
Cintamu padaku kerana ALLAHmu yang satu
Cintamu bermujahadah menahan nafsu..

"Ya Allah, aku memohon cinta-Mu dan cinta orang yang mencintai-Mu,dan amalan yang menyampaikan aku kepada cinta-Mu."
"Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu lebih aku cintai diriku, keluargaku dan daripada air yang sejuk (ketika panas terik)."(HR al-Tarmizi).


Please Jangan Jemu Berkunjung


Jangan Copy Cat kerana anda mungkin didakwa (^_^)