Photobucket Photobucket Photobucket

MENTOR 5


Aku frust betul laaaaa bila Shiha tak dapat jadi juara mentor 5. Salma juga pilihan hati juri rupanya ye? Memang betullah Salma tu suara dia mantap, jarang-jarang nak dapat suara macam tu dekat Malaysia ni, tapi persoalannya ada ke komposer-komposer yang boleh cipta lagu yang sesuai dengan suara si Salma tu? Cuba jawab? Cewaaaaahhh.... macam profesional je aku kasi pendapat.

Iqa seperti yang telah ku jangkakan, dia akan berada kat tempat ketiga. Point aku, idea si Edry tu lebih menonjol berbanding dengan bakat Iqa tu. Apabila Edry yang banyak memberi idea, nampak sangat yang si Iqa ni lebih kepada menerima arahan. Peranan Iqa lebih kepada menyanyi dan melakukan gimik si Edry. So, penonton lebih nampak yang kesuksesan Iqa tu berpunca daripada gimik si Edry. Sayang leeeeee.....

Shiha... Terus terang aku cakap, suara dia biasa tapi ada komersialnya... Dia pula pakej, reti menari (tak macam Iqa), muka cun, tak debab tak pendek, nampak gaya lembut, so memang itu la klass sebagai entertainer. Ngeh ngeh ngehhhhh.... Tapi rata-rata kalau tengok kat youtube persembahan dia, ramai yang mengutuk dia. Kata dia ni takde nilai komersial, muka berlagak, cepat merajuk dan bla bla bla.... Tapi aku rasa dia memang deserve tempat kedua pun berbanding dengan Iqa. Lepas ni konfem berduyun komposer-komposer nak offer lagu kat dia.

Salma, seperti sejarah program mentor yang lepas-lepas, pilihan penonton lebih kepada suara yang tinggi kecuali zaman kemenangan Mohd. Tak dinafikan Salma tu suara dia memang power, tapi tapi tapi...... ada tak komposer yang boleh cipta lagu-lagu sedap untuk suara macam dia tu? Silap-silap, Salma terpaksa akur dengan lagu-lagu bodoh ciptaan komposer yang buat lagu ntah apa-apa untuk lagu dia yang akan datang. Contoh terbaik macam penyanyi Tom juara Mystarz LG tu, suara sedap, tapi lagu dia, hadoiiiihhhhh FRUST!!!!! Hahahahahahhahaha!!!! Celupar gila...

Dalam pemilihan juri, aku rasa juri buat pilihan tepat untuk juara program mentor, tapi salah dari segi pilihan tepat untuk contribute kat industri. Bagi aku, kalau nak pilih siapa juara untuk diketengahkan dalam industri muzik, aku rasa Iqa and Edry lah juaranya. Sebabnya, diorang all out habis-habisan. Ada IDEA!!! Shiha plak ada pakejnya... Tapi Salma, vokal semata-mata.

Input kemudian diproses akan jadi output.

Kalau input bagus, tapi proses nya out, output tetap besi buruk gak....

Kalau input tak bagus, tapi proses nya terbaik, output konfem ada nilai.

Kalau nak berhibur, biarlah semuanya berhibur. Telinga berhibur, mata pun berhibur, otak pun jadi segar. Baru la totally entertainment.
Please Jangan Jemu Berkunjung


0 comments:

Post a Comment

Mekasih lepak sini...nati korang singgah lagi ea..(^_^)

Jangan Copy Cat kerana anda mungkin didakwa (^_^)